Pages

Thursday 6 February 2014

Ketahui tarikh lahir anda dalam kalendar Islam.


nama bulan hijrah SQ.

Ramai yang masih tidak mengetahui bilakah tarikh sebenar mereka dilahirkan dalam bulan Islam / Hijrah kerana kebanyakan dari kita hanya mengambil tahu tentang hari kelahiran menggunakan kalendar masihi sahaja dan cuma segelintir dari kalangan kita sahaja yang tahu bila sebenarnya tarikh lahir mereka mengikut kalendar Hijrah Islam.
Tidak kurang juga ada yang bersedih dalam bulan Februari ini terutama mereka yang dilahirkan pada 29 Feb kerana hanya dapat meraikan ulang tahun kelahiran 4 tahun sekali. Masalah ini boleh di selesaikan melalui Takwim Islam iaitu kiraan tarikh berdasarkan peredaran bulan (Qamariah).
 .
Terdapat suatu perisian mudah dari web Islamicity bagi menukarkan sesuatu tarikh daripada Kalendar Masihi kepada Kalendar Hijrah. ‘Converter’ ini memboleh dan memudahkan antum ketahui tarikh lahir dan juga mengesan tarikh2 yang penting ke dalam bulan Islam / Hijrah. Antaranya :~
  • Tarikh kelahiran ahli keluarga
  • Tarikh kelahiran kenalan
  • Tarikh pertunangan
  • Tarikh pernikahan
  • Tarikh perkhwinan
  • Tarikh perkhwinan
  • Tarikh pindah rumah
  • Tarikh kematian dsb.

 Cara Tukar Tarikh Masihi Ke Hijrah

 .
Bagaimana untuk mengetahui bilakah tarikh2 tersebut mengikut kalendar Hijrah? Jom kita tengok bersama. Antum cuma perlu klik pada link/pautan di bawah ini :~
Klik Di Sini atau pada gambar berikut:~
converter hijri SQ
.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad bersabda:

إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ

“Apabila meninggal seseorang anak Adam itu, maka akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak soleh yang mendoakan untuknya.”  (Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)